Sunday, 10 April 2016


KISAH HIDUP SEORANG KAKI BOLA

Muhamad Afnan Haikal bin Akramin nama yang diberi oleh ibu dan abah aku.
Aku dilahirkan pada 15 julai 2000 di Hospital Pakar Perdana,Kota Bharu,
Kelantan.Hobi aku adalah bermain bola sepak dan cita-cita aku adalah untuk
menjadi seorang pemain bola yang tersohor di persada dunia dan aku juga 
ingin menjadi seorang engginer Petronas.Aku ingin menjejaki langkah abah 
aku yang menjadi seorang pemain bola.Nama abah aku ialah Akramin bin Ahmad Tabarani.
beliau telah menjadi salah seorang pemain bola Kelantan pada tahun 80-an sehingga 
tahun 2004 kerana ingin menyambung kerjanya sebagai seorang excecutive
Petronas di Kerteh.Abah aku berumur 44 tahun.Walaupun berumur 44 tahun,
tetapi beliau masih bermain bola dan mewakili pasukan Veteran Machang yang telah merantau ke seluruh negeri  dalam Malaysia untuk memasuki kejohanan
bola sepak di negeri tersebut.Hampir kesemua kejohanan tersebut dimenangi oleh 
pasukan abah aku.Aku berasa amat bersyukur dan bangga mendapat seorang bapa
yang handal bermain bola dan menjadi seorang bapa yang penyanyang,adil,baik dan
mengambil peduli tentang kisah anak-anaknya.Abah aku sentiasa menggunakan masanya untuk 
bersama aku dan adik-beradikku walaupun dia sibuk dengan kerjanya.
     Ibuku bernama Aziani binti Shapei yang bekerja sebagai guru matematik di Sekolah 
Menengah Kebangsaan Bandar Machang dimana tempatku menimba ilmu sebelum
aku menyambung pelajaranku di MRSM Besut.Ibuku selalu berpesan kepadaku agar belajar besungguh-sungguh dan berjaya di dunia dan di akhirat.Tanpa ibuku,mungkin aku tidak akan dapat melanjutkan pelajaranku di MRSM Besut.

No comments:

Post a Comment